“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja
perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia
sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian
kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa
pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama
hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau
aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak.
koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan
benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku
menggunung. otak aku overtime….”
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia
boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku
mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup
aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x
hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu
baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir
balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku
lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan
pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka
dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar
aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang
salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena
betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah
daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si
Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak
kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula
nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah
daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua
langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa
aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat
aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali
manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma
manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi
aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa
saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi
sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”
0 ulasan:
Post a Comment