Monday 10 October 2011
ANTARA PIC2 KETIKA AQ KAT KEM BUMI JATI ^^,
KEM INTERAKTIF KEPIMPINAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAN : ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KLANG, 9 Oktober 2011: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda (Rakan Muda) akan mengadakan Kem Interaktif Kepimpinan Khas Peringkat Kebangsaan yang mewakili kelima-lima bagi program Crime Awareness Team (CAT) yang diadakan sebelum ini dengan memilih peserta-peserta yang menunjukkan prestasi yang menyerlah dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi semasa di peringkat zon.
Program peringkat nasional ini akan memberi penekanan kepada latihan amali berbanding sebelum ini yang lebih memfokus kepada ceramah di dalam bilik darjah dan teori sahaja.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS Datuk Jamil Salleh berkata, program ini akan dilaksana sebaik sahaja selesai kelima-lima program peringkat dengan mengambil kira jumlah penyertaan dan modul yang sesuai supaya ia dapat memberi pendedahan mendalam kepada peserta.
Katanya lagi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda juga telah diarah supaya memasukkan modul-modul yang sesuai dengan keadaan semasa seperti isu jenayah siber, jenayah kolar putih dan peranan masyarakat terhadap kehadiran pendatang asing yang kian membimbangkan.
Datuk Jamil berkata demikian dalam sesi dialog dengan peserta selepas merasmikan penutupan Kem Interaktif Kepimpinan Crime Awareness Team Zon Tengah yang diadakan di Kem Bumi Jati, Klang hari ini.
KBS akan meminta golongan belia supaya dapat mencadangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan cita rasa dan kehendak golongan muda supaya ia menjadi satu lagi tarikan kepada golongan muda untuk menyertai kursus-kursus anjuran KBS. Beliau juga mahukan jumlah penyertaan daripada golongan bukan Melayu ditambah supaya penyertaan kaum-kaum lain ini dilihat seimbang dan mesej yang ingin disampaikan menepati sasarannya.
“Pengarah-pengarah belia negeri perlu memberi perhatian dan melihat perkara ini semula secara serius supaya setiap kursus anjuran KBS tidak hanya dimonopli oleh peserta Melayu dan kurang penyertaan dari kaum-kaum laini supaya integrasi nasional dan objektif KBS tercapai,” ujarnya.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda, Wasitah Haji Mohamad Yusof, Ketua Polis Shah Alam, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Wakil Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai Kanan KBS.
Subscribe to:
Posts (Atom)
OWNER BLOG OK !
- kucing comel (liyana)
- johor, johor bahru, Malaysia
- NUR LIYANA BINTI ZAKARIA 12.09.1992 ANAK 1ST OK ! DIPLOMA CULINARY ART [KLMU]
KELUARGA BAHAGIA
ATOK | NENEK
PERJANJIAN ANTARA 2 INSAN :)
MATAHARI KU
MY DREAM
Diploma by 21years old | Married by 25years old | mini cooper | satria neo | holiday at JEPUN | honeymoon at PARIS | own home | own restaurant |
#1205947. Powered by Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "