My Rainbow Dreams

Just Blogger Templates

Thursday, 8 March 2012

..:: I LOVE U SO MUCH ::..

Mengenali cinta memang saat yang paling indah dalam kehidupan.  Saat aku mengenali erti sebenar adakah ini cinta, jawapannya “YA”… aku kenali dia tanpa aku sedari.  Pertemuan yang aku rasakan ianya tak akan menjadi kenyataan kalau nak disoalkan tentang hati dan perasaan.  Tapi aku rasa betul kata orang, jika dia adalah untuk kita, kita akan rasakan yang dia akan sentiasa ada di hati kita walau apa pon  yang berlaku.  

Saat aku menulis post ini, aku amat merindui dia (walaupon baru je jumpa).  Aku rindu akan senyum tawa dia, layanan dia.  Masa begitu cepat berlalu, dan tanpa  di sedari hubungan aku dah dia dah hampir 2bulan lebih.  Seriously, banyak yang aku dah lalui dengan dia selama 2bulan lebih ni.  Dan aku berharap sangat ianya akan kekal hingga selamanya.  ‘kita hanya mampu merancang, segalanya ditentukan oleh-Nya’..

Sejak aku dan dia, tiada yg lain di hati aku, hanya dia dan dia…  sepanjang perhubungan, aku tak pernah rasakan perasaan yang sebegini  tapi bila dengan dia, sejujurnya aku amat menyayangi dia.  Aku inginkan dia ada dekat dengan aku.  Tapi, perhubungan tak semudah yang kita sangkakan.  Selama aku dan dia, banyak kenangan yang dilalui bersama, manis mahupan pahit.  Tapi semua tu tak akan buat aku patah hati dengan dia..  “walau ape pon yang terjadi, aku akan tetap ada untuk dia. Susah dia susah aku juga, senang dia, senang aku jugak”  itu janji aku untuk dia
I love you so much.. ..  whatever it is, I will be there for you....



0 ulasan:

Post a Comment