My Rainbow Dreams

Just Blogger Templates

Monday 30 January 2012

I LOVE U



CINTA??SAYANG??I LOVE U??U LOVE ME??

**CINTA BUKAN HANYA DI BIBIR SAHAJA**

BAGI YANA ..

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.



lafaz " AKU CINTA PADAMU " atau " I LOVE U " sudah tak menjadikan 
si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya .. pendek
kata ungkapan " AKU CINTA PADAMU " sudah jadi sebutan PLASTIK yang lahir 
di bibir semata-mata , bukan menjelma dari hati ..

Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?



tempoh hari mak ada cakap .. 
jauhkan diri daripada lelaki yang mudah lafazkan I LOVE U ..
sebab,mak cakap lelaki yang mudah lafazkan I LOVE U ni ...
dy tak ikhlas sayangkn kita .. betul ke.?? leh caya ke??

Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.

kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.

Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan berGAYUT 24JAM, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja or kolej, membantu dalam pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi..huhuhu !!~

tapi yana percaya .. yang ..

Jodoh kita ditentukan oleh Allah. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan betul hati pasangan kita .. :)







0 ulasan:

Post a Comment